JellyPages.com

Our wedding anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My 1st lovely son

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

My 2nd lovely daughter

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 9 October 2013

Rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza yang mungkin ramai nak tahu..

Dalam banyak-banyak artis tempatan, Dato' Siti Nurhaliza adalah di antara artis yang saya sering ikuti perkembangannya dari bangku sekolah sampailah sekarang. Dulu, kalau majalah yang ada muka Dato' Siti mesti nak beli punya. Bagi saya, selain kemerduan suaranya, Dato' Siti di antara artis yang mempunyai kulit yang halus dan cantik. Tertanya-tanya juga dulu apa yang Dato' amalkan untuk dapat kulit cantik macam tu. Daripada beberapa sumber yang saya temui, di sini saya kongsikan rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza yang mungkin ramai nak tahu.
Dato' Siti dan Suplemen tambahan

Melalui sumber yang saya temui, Dato' Siti adalah seorang yang mementingkan penjagaan dalaman. Suplemen tambahan hariannya ialah seperti vitamin C,E, antioksida dan B-Complex. Beliau juga menjadikan amalan meminum susu sebagai amalan hariannya untuk memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi. Selain itu untuk menaikkan seri wajah, Dato' Siti akan berselawat setiap kali mencuci muka (sumber asal di sini). Beliau juga mengamalkan vitamin Bawang putih dan spirulina untuk kesihatan perut dan stamina (sumber asal di sini)

 
Memang benar vitamin C, E dan B-Complex adalah di antara vitamin asas untuk mendapatkan kulit yang cantik. Manakala vitamin bawang putih dan spirulina bagus untuk kesihatan berkaitan organ-organ dalam tubuh. 
  • Vitamin E : membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu
  • Vitamin C : membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit
  • B-Complex : membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam
  • vitamin Bawang Putih : melambatkan penuaan dan di dalam bawang putih itu sendiri mempunyai vitamin A, B dan C
  • Spirulina: untuk kesihatan dalaman tubuh.
Mungkin terdapat pelbagai pilihan suplemen di pasaran namun pastikan anda memilih suplemen dari sumber semulajadi, mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada sijil sah halal. Biarlah cantik dan sihat  itu seiring. Oklah, cukup sampai sini dulu..lain kali saya akan ceritakan pula pasal petua tradisonal yang Dato' Siti amalkan.
Anda boleh mendapatkan supplement di atas di SHAKLEE.
                                                                                                  yb
                                                                                                        Qas Niza
                                                                                                             SID 1001261
                                                                                                            0173046959

No comments:

Post a Comment